fbpx

Gembira bukan lagi individu tidak divaksin dalam keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Empat sahabat baik teruja menjadi antara penerima terawal Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Remaja di Terengganu yang bermula hari ini.

Muhammad Luqman Hakim Syazril Syahlan, 17, berkata, dia sudah berjanji dengan tiga rakannya untuk turut sama menerima suntikan vaksin Covid-19 sebaik sahaja PICK dibuka kepada golongan remaja.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara itu berkata, mereka percaya suntikan vaksin Covid-19 yang diterima memboleh mereka melalui sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan 3 Oktober depan dengan yakin dan selamat.

“Saya rasa sangat seronok dan gembira kerana sebelum ini hanya melihat orang dewasa menerima vaksin, kali ini giliran remaja.Tidak timbul perasaan takut.

“Semalam (kelmarin) kami telah bersepakat mahu tiba awal di pusat pemberian vaksin (PPV) dan Alhamdulillah semua berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Kosmo! di PPV Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Bagi Qistina Attira Shahrizal, 17, pula, menjadi individu tunggal yang belum divaksin dalam keluarga membuatkannya lebih bersemangat untuk menerima suntikan pelali berkenaan.

Anak bongsu daripada dua adik beradik itu mengakui sudah lama menunggu peluang untuk menyumbang meningkatkan kadar imuniti berkelompok dalam kalangan penduduk negara ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI