fbpx

301 kes kematian Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 301 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut data laman web CovidNow hari ini.

Maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi itu menyebut, data itu termasuk 108 kes kematian Covid-19 bagi purata tempoh tujuh hari.

“Angka 301 kes itu menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 23,744 kes.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 92 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan kes kumulatif BID sebanyak 4,564 kes,” katanya di sini hari ini.

Kesemua kes kematian itu dilaporkan di Selangor (130), Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Kuala Lumpur (13), Sarawak (8), Kedah (6), Pahang (4), Terengganu (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Sementara itu, sebanyak 207,698 kes aktif melibatkan 172,648 kes dikuarantin di rumah, 22,575 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC); 11,321 kes di hospital; 521 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 633 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI