KUALA PILAH – Seramai 15,895 pelajar sekolah menengah tingkatan empat, lima dan enam di negeri ini akan menerima vaksin sempena program imunisasi untuk remaja bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Md Fiah Md Jamin berkata, bagi tujuan berkenaan sebanyak 44 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri terbabit dalam proses berkenaan dan kebanyakkannya ialah menggunakan dewan sekolah.
Menurutnya, jumlah murid berkenaan termasuklah pemberian vaksin kepada murid yang berasal di Negeri Sembilan, namun bersekolah di negeri lain.
“Ada sebahagian murid tingkatan lima dan tingkatan enam yang telah divaksin sebelum ini. Jadi ini adalah jumlah sebahagian murid yang masih belum divaksin termasuklah murid-murid yang berasal di Negeri Sembilan tetapi belajar di sekolah berasrama penuh (SBP) atau Kolej Vokasional (KV) di negeri lain.
“Saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama bagi membolehkan anak mereka divaksin dan anak-anak ini akan pulang semula ke sekolah dengan keyakinan yang tinggi memulakan sesi persekolah dengan keadaan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Murid Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929