fbpx

Umum nak kahwin, peminat suruh Bobby minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBBY

SELEPAS sebulan mengejutkan peminat dengan pengumuman mahu berkahwin, penyanyi Bobby dilihat kembali aktif seperti biasa.

Baru-baru ini, dia turut bersama dengan iKON meraikan ulang tahun keenam mereka pada 15 September.

Selain keterujaan dengan sambutan ulang tahun iKON, perhatian peminat tertumpu kepada Bobby yang muncul di hadapan umum buat pertama kali selepas mengejutkan ramai tempoh hari.

Sepanjang bersiaran selama 46 minit tempoh hari, Bobby menikmati waktu ceria.

“Terlalu banyak yang kita lakukan selama enam tahun lalu, tapi lagi bagus jika kita dapat bertemu dengan lebih kerap.

“Saya mahu bertemu, berbual untuk lebih rapat. Terima kasih kerana menyayangi kami selama enam tahun ini,” katanya.

Selain menuai pujian peminat kerana tetap meneruskan kerja seperti biasa, tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kesal kerana berpendapat Bobby sepatutnya meminta maaf atas apa yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI