fbpx

Ubat batuk, 1.84 tan daun ketum dirampas dalam dua serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum seberat 1.84 tan yang dirampas dalam serbuan di Kampung Binjai Manis, Ketereh, Kota Bharu semalam.

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 112 liter ubat batuk dan 1.84 tan daun ketum dalam dua serbuan berasingan di Kampung Chenerai, Jeram Perdah di sini dan Kampung Binjai Manis, Ketereh semalam.

Serbuan pertama yang dijalankan pada pukul 10 malam di sebuah rumah dekat Jeram Perdah berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan berhubung rampasan barangan yang bernilai RM9,000 itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek telah menjumpai satu kunci yang disimpan di dalam poket kanan seluar suspek.

Menurutnya, suspek kemudian telah membuka pintu rumah tersebut menggunakan kunci itu untuk polis menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Polis telah menjumpai tujuh kotak mengandungi kodien atau ubat batuk di bahagian ruang tamu rumah berkenaan. Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku barangan rampasan itu adalah miliknya.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh turut mengakui bekalan bahan terlarang itu diperoleh dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Heri yang tinggal di Kampung Gelang Mas, Meranti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Dalam pada itu, menurutnya, kira-kira dua jam kemudian, polis berjaya merampas 1.84 tan daun ketum bernilai RM64,400 dalam serbuan berasingan di Kampung Binjai Manis, Ketereh.

Katanya, serbuan pukul 12.30 tengah malam itu turut menahan enam lelaki berusia 18 hingga 58 tahun untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, seorang suspek berusia 29 tahun mengaku kesemua daun ketum itu adalah miliknya dan mendapat bekalan dari seorang lelaki dikenali dengan panggilan Mamat yang tinggal di Jertih, Besut di Terengganu.

“Lima orang lagi suspek dipercayai bertindak sebagai penjaga daun ketum tersebut. Suspek yang merupakan pemilik daun ketum itu mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti dalang utama di sebalik kedua-dua kegiatan tersebut.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI