fbpx

Tun Mahathir saran semak peranan Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya fungsi jawatan Peguam Negara disemak semula.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, semakan perlu dilakukan supaya peranannya dapat diasingkan daripada ruang lingkup ‘penghakiman’.

“Kita lihat bagaimana satu orang yang mempunyai 46 kes telah terlepas daripada semua 46 kes dengan dinyatakan oleh Peguam Negara bahawa tidak ada kes untuk dia menjawab.

“Ada Peguam Negara dahulu menyatakan Perdana Menteri ketika itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi selepas dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, apabila dibawa ke mahkamah didapati bersalah dan dihukum,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI