fbpx

Tiada laporan polis dibuat berkaitan kehilangan wang AS$6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berkaitan tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencuri barang kes berupa wang tunai AS$6 juta (RM25.13 juta) seperti yang ditularkan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya mengambil maklum perkara tersebut.

“PDRM mengambil maklum tentang isu tular berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana terlibat dalam kes curi barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Jalil berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalah guna media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar, “katanya.

Terdahulu, tular di sebuah blog yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan reman membabitkan kes curi barang kes berupa wang tunai berjumlah AS$6 juta.

Dakwa blog itu, kejadian tersebut membabitkan siasatan SPRM terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab. Hamid.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI