fbpx

Taemin seronok masuk tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEMIN

PENYANYI popular Taemin berjanji akan kembali aktif dengan karier sebaik sahaja selesai menjalani latihan ketenteraan wajib yang baru dimulai pada 31 Mei lalu.

Dia yang muncul dalam sesi temu bual untuk siaran blog rasmi Military Manpower Administration (MMA) baru-baru ini berkata, ada banyak kelebihan menyertai latihan ketenteraan.

Antaranya yang diperkatakan anggota kumpulan SHINee itu, perkara paling menyeronokkan menyertai band tentera adalah dia mampu menggunakan bakat yang ada pada dirinya untuk kegunaan pada masa depan.

“Bagi saya, berkhidmat dalam tentera adalah masa untuk menguji dan melihat diri sendiri berkembang. Saya mahu memberitahu peminat bahawa saya sangat rindukan mereka,” katanya.

Malah, sejak berada dalam kem tentera, dia banyak menghabiskan masa belajar dan berlatih bermain piano.

Jika diberikan waktu cuti rehat, penyanyi itu berharap dapat bertemu keluarga dan menjenguk haiwan peliharaannya di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI