fbpx

[VIDEO] ‘Sir’ minta maaf isu tidak dapat solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu (kanan) memohon maaf kepada petugas SOP masjid, Adzmi Mahmud, 66 (dua dari kiri) sambil disaksikan Zulkifli (dua dari kanan) di pekarangan Masjid Arraudhah Kariah Taman Seri Sayang, Senawang, Seremban hari ini

SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 59 tahun membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan penularan rakaman video di aplikasi TikTok pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Arraudhah Kariah Taman Rasa Sayang, Senawang di sini hari ini.

Video rakaman lelaki tersebut gagal untuk solat Jumaat tular selepas dia memuat naik video berkenaan.

“Seperti mana yang telah ditentukan saya telah buat permohonan maaf pada masjid, tapi atas keputusan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sebulat suara untuk buat sidang akhbar.

” Pihak masjid sudah jelaskan kepada saya bahawa SOP ini bukan sengaja dibuat, tetapi SOP atas arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar permohonan maaf secara terbuka di masjid itu hari ini.

Turut hadir Ketua Pentadbir masjid berkenaan, Zulkifli Muhamed.

Tambahnya, dia juga menyeru kepada sesiapa yang berkongsi video berkenaan supaya menghentikannya.

“Kalau tidak mereka juga akan dikenakan tindakan dan itu terpulang pada pihak masjid. Ini adalah ‘public apology’ ‘kepada masjid, pengurus, AJK dan kariah seterusnya kerana kes ini adalah salah faham,”tambahnya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, dakwaan berunsur fitnah melalui video itu memburukkan imej masjid kerana pihaknya tidak mengamalkan konsep ‘ kayangan’ dibenarkan masuk.

“Malah rakaman itu juga berunsur ugutan kerana perakam mengatakan akan menularkan video itu.

“Kami mengikut SOP yang ditetapkan JHEAINS dengan hanya membenarkan 150 jemaah masuk ke dalam masjid bagi solat Jumaat” katanya.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI