fbpx

Ribut petir, hujan lebat hingga awal November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Negara dijangka memasuki fasa peralihan monsun bermula Jumaat ini sehingga awal November sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 19 Mei lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, semasa fasa peralihan ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu akan menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat, pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpontesi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media rasmi jabatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi hotline jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,”ujar MetMalaysia.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI