fbpx

Permudahkan urusan keluar masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (tengah) beramah mesra dengan pelancong yang tiba dari luar negara di KLIA, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Prosedur kemasukan pelancong asing serta pergerakan warga tempatan ke luar negara perlu dipermudah dan diuruskan secara lebih efisien termasuklah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah penerbangan antarabangsa dijangka meningkat dari semasa ke semasa apabila syarat untuk ke luar negara dikurangkan kelak.

“Sebagai contoh, United Kingdom baru-baru ini mengumumkan tiada lagi keperluan kuarantin bagi warga Malaysia yang lengkap vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sebagai contoh.

“Ini akan mendorong lebih ramai lagi warga negara kita ke luar negara atas urusan tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Covid-19 di KLIA di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MAHB, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, begitu juga dengan permohonan MyTravelPass (MTP), Kementerian Kesihatan (KKM) telah pun meminta Jabatan Imigresen (JIM) untuk melihat balik senarai pemohon.

“Ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat ke luar negara tanpa membuat permohonan. Sebagai contoh, ramai menghantar anak-anak mereka ke luar negara kerana mendapat tempat di institusi pendidikan di sana namun terpaksa mohon MTP,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI