fbpx

Pengarah syarikat mengaku tidak salah tipu skim pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chua Chin Soon, 32, diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang suri rumah berhubung sebuah skim pelaburan pertukaran mata wang asing, Mac lalu.

Tertuduh Chua Chin Soon, 32, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menipu Khor Ghaik Hoon, 48, dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa pelaburan Cooper Market yang dikendalikan tertuduh adalah wujud.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa memasukkan RM4,250 ke dalam akaun Cooper IB Trader yang mana mangsa tidak akan memasukkan wang tunai tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB Cawangan Jinjang Selatan di sini pada 16 Mac lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latif dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 27 Oktober ini ditetapkan sebutan semula kes.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI