fbpx

Pasar Buntong, Pasar Sungai Siput diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelanggan berbaris untuk masuk ke Pasar Awam Sungai Siput. – Gambar hiasan

IPOH – Operasi Pasar Buntong di sini akan ditutup sementara esok bagi menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan tersebut adalah selama sehari sahaja bagi pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.

“Penutupan tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di kawasan pasar tersebut.

“Semua premis niaga di sini akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada hari Rabu keesokannya,” ujar kenyataan tersebut.

Difahamkan terdapat empat kes positif telah dilaporkan di pasar berkenaan yang membawa kepada langkah-langkah pembersihan diambil.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pula mengarahkan penutupan Pasar Awam Sungai Siput (U), Perak dilanjutkan sehingga Sabtu ini berikutan penularan jangkitan Covid-19.

Sebelumnya, pasar berkenaan telah pun diarah tutup sejak Sabtu lepas dan sepatutnya beroperasi seperti biasa esok.

Penutupan tersebut bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di kawasan pasar berkenaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI