fbpx

Menteri Kuartet Covid-19 mesyuarat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 akan diadakan esok dengan agenda utama memfokuskan terhadap usaha mempermudahkan 181 prosedur operasi standard (SOP) kepada 10 SOP saja.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua menteri juga akan dijemput berbincang bersama iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Kementerian Pelancongan akan memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain manakala Kementerian Belia dan Sukan akan memberi taklimat mengenai potensi kelonggaran-kelonggaran lain dalam sektor sukan.

“Dalam pertemuan berikutnya minggu depan, kami akan menjemput pula Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin bagi memberi taklimat kepada Menteri Kuartet mengenai pelaksanaan vaksinasi bagi pelajar serta perkembangan terkini proses yang dilaksanakan KPM dalam pembukaan sekolah.

“Selain perkara berkenaan, Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 esok turut akan memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI