fbpx

Lebih 55 peratus individu dewasa lengkap dos vaksin di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan kira-kira 55.54 peratus golongan dewasa di negeri ini sudah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, peratusan itu melibatkan seramai 686,640 individu yang sudah lengkap vaksinasi.

Menurutnya, bagi penerima dos pertama vaksin Covid-19, Kelantan kini telah merekodkan seramai 937,078 individu atau 75.8 peratus.

“Melihat kepada jumlah penerima dos pertama yang semakin meningkat, kita yakin Kelantan akan mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus daripada rakyat selesai divaksin pada hujung bulan ini.

“Sehingga Khamis lalu, jumlah penerima vaksin secara daftar terus (walk-in) adalah seramai 26,096 dan jumlah itu direkodkan sejak kaedah tersebut dilaksanakan lebih sebulan lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Zaini, meskipun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 12,000 dos vaksin sehari untuk penerima vaksin secara walk-in, beliau yakin golongan dewasa di Kelantan akan hadir menerima vaksin menerusi janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Ujarnya, beliau menyeru individu yang belum menerima vaksin agar hadir secara walk-in di pusat pemberian vaksin yang terdekat.

Tambahnya, langkah itu berupaya membantu negara mencapai imuniti kelompok seperti yang ditetapkan sekali gus mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 di negeri ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI