fbpx

Lebih 40 juta dos vaksin telah diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 40,454,590 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya memaklumkan, jumlah penerima dos pertama adalah sebanyak 22,001,266, manakala seramai 18,453,322 orang sudah menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, setakat semalam juga sebanyak 93.3 peratus jumlah populasi negara mendapat dos pertama, manakala 78.8 peratus lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan 219,081 dos dengan 60,773 menerima dos pertama dan 158,308 dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI