fbpx

Inter Milan mengamuk belasah Bologna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZEKO (tengah) meledak dua gol ketika Milan membenam Bologna 6-1 pada aksi Serie A awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui lega apabila menyaksikan skuad kendaliannya ‘mengamuk’ dengan membelasah Bologna 6-1 dalam saingan Serie A di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Kemenangan itu pastinya kembali menaikkan semangat pemain-pemain Inter selepas akur dengan kekalahan 0-1 kepada Real Madrid pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara minggu lepas.

Pada perlawanan itu, Edin Dzeko meledak dua gol sementara Lautaro Martinez, Milan Skriniar, Nicolo Barella dan Matias Vecino masing-masing menjaringkan satu gol buat juara bertahan Serie A tersebut.

“Sebenarnya saya agak bimbang dengan perlawanan hari ini (semalam) selepas tewas kepada Real Madrid minggu lepas. Bagaimanapun, semua pemain sudah lupakan kekalahan itu dan menampilkan aksi yang sepatutnya.

“Kemenangan ini sangat pen­ting bagi mengubat kekecewaan atas kekalahan terdahulu. Saya gesa pemain jadikan kekalahan kepada Real sebagai pembakar semangat bagi menewaskan Bologna,” kata Inzaghi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pemain tengah, Marcelo Brozovic yang memainkan pe­ranan cukup penting pada perlawanan tersebut dengan mengatur pergerakan pasukan ketika melakukan serangan.

“Brozovic memang sukar untuk ditukar ganti, sebab itulah dia sentiasa menjadi pilihan jurulatih-jurulatih sebelum ini. Aksinya pada hari ini (semalam) wajar mendapat pujian kerana banyak membantu menggerakkan serangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI