fbpx

Guna MySejahtera bini mahu main bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pendedahan di laman Twitter berhubung pelbagai taktik digunakan untuk individu yang belum melengkapkan dua dos vaksin.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan pelbagai taktik telah digunakan individu yang masih belum lengkap vaksinasi untuk memasuki premis sukan seperti padang bola sepak.

Menerusi perkongsian ciapan oleh @ShazwanWong di akaun Twitter miliknya, dia mendedahkan ramai individu tidak lengkap vaksinasi atau langsung belum disuntik vaksin cuba menggunakan ‘profile’ MySejahtera individu lain untuk memasuki padang bola sepak.

“Antaranya guna akaun MySejahtera isteri dan ‘claim’ (dakwa) tak tahu kenapa status vaksinasi sudah kena padam.

“Ada satu lagi kata sudah lengkap dos vaksin, tetapi telefon pula tak boleh ‘update’ MySejahtera. Kami kemudian bagi pinjam telefon dan log in, rupa-rupanya status belum vaksin,” tulisnya di Twitter.

Tambahnya, dia juga pernah diherdik dan digelar ‘lembu dicucuk hidung ‘ oleh sesetengah individu yang tidak berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sebelum memasuki premis tersebut.

Susulan perkongsian itu, orang ramai memuji tindakannya yang mengikuti SOP bagi menghentikan wabak Covid-19.

“Ini yang kita mahukan sentiasa jaga dan pantau SOP, ada sesetengah tempat tengok MySejahtera pun tidak,” kata @Nazjihhan.

“Tempat lain mana jaga SOP, bagus apa yang dia buat untuk tidak membahayakan nyawa orang lain,” ujar @SyahmiSafwan.

“Good job! Bagi antivaksin rasa macam mana hak orang yang dah divaksin untuk rasa selamat daripada fikirkan punya hak dia yang tak nak vaksin,” jelas @ZaraWanee.

Baru-baru ini, kerajaan membenarkan mana-mana individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin di negeri-negeri Fasa 2 dan 3 untuk menjalani aktiviti sukan dan riadah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI