LANGKAWI – Dua pelancong wanita diarah berpatah balik ke Kuala Perlis sebaik tiba di Terminal Penumpang Kuah di sini semalam kerana mereka didapati belum cukup tempoh 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dua wanita berusia 25 dan 32 tahun yang datang bersama itu tiba di terminal feri penumpang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Kata beliau, pemeriksaan yang dilakukan di ruang ketibaan terminal feri tersebut mendapati mereka menerima dos kedua vaksin kira-kira 11 hari lalu.
“Status vaksin kedua-dua wanita terbabit kemudian dirujuk kepada pegawai perubatan yang berada di tempat pemeriksaan ketibaan penumpang.
“Mereka seterusnya diarah berpatah balik ke Kuala Perlis menggunakan feri di Terminal Tanjung Lembong pada pukul 2 petang, hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929