fbpx

CAC Stadium Malawati lengang, hampir kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dikongsi seorang petugas barisan hadapan yang memaparkan dua situasi berbeza keadaan di CAC Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Mei lalu berbanding semalam.

PETALING JAYA – Lengang dan hampir kosong. Itulah gambaran keadaan semasa di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang dikongsi oleh seorang petugas barisan hadapan.

Perkongsian oleh individu yang dikenali sebagai Muhaimin Abdullah di laman Facebook itu jelas memaparkan perbezaan suasana pada 25 Mei lalu berbanding gambar yang diambil semalam.

Menerusi dua keping gambar yang dikongsi Muhaimin, pada 25 Mei lalu keadaan amat sesak dengan ratusan orang memenuhi CAC terbabit.

Manakala, gambar yang diambil semalam pula memaparkan keadaan sangat lengang dan hampir kosong.

“Dua tarikh berbeza diambil pada masa ‘peak hours’ yang sama di CAC, ramai dah lengkap dos vaksin dan kes nampak berkurangan.

“Semoga bertambah baik dan kita akan hidup normal seperti biasa nanti, Insya-Allah, kekal jaga SOP ya dan lengkapkan dos vaksin jika belum,” tulisnya pada hantaran di Facebook semalam.

Susulan perkongsian Muhaimin itu, rata-rata pengguna berharap agar suasana di CAC itu ‘kekal’ dan tidak kembali kepada keadaan pada Mei lalu.

“Semoga CAC ini terus kekal aman seperti sekarang, bila kenangkan gambar sebelum ini pelbagai perasaan timbul, takut, sedih dan tidak kurang kesian kepada pada petugas barisan hadapan. Sama-sama kita doa agar semuanya kembali pulih,” tulis Miss Tulip.

Pada masa sama, para pengguna juga berkongsi pengalaman semasa berada di CAC itu sebelum ini seperti perkongsian oleh Gus Lim.

“Memang padat 25 Mei 2021 tu, saya ada kat CAC Stadium Malawati. Nak masuk ke MAEPS tengah hari itu.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Norul Hayati.

“Alhamdulillah, teringat saya sekeluarga datang ke CAC pada 29 Ogos sebab positif Covid-19. Petugas CAC lah yang tolong jaga bayi saya usia 8 bulan sepanjang saya buat ‘assessment’ dalam stadium.

“Satu stadium mereka bawa ronda naik ‘buggy’, anak perempuan saya dua orang lagi pun petugas jaga di luar stadium. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kalian dan sentiasa dalam lindungan-Nya,” ujarnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI