PEKAN – Seorang buruh binaan nyaris maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembinaan sebuah rumah di Kampung Benta, Peramu, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.27 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Ismail, 25, hanya mengalami kekejangan otot dan berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, lapan anggota bomba termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
“Sampai di lokasi kejadian terdapat seorang lelaki terbaring di atas struktur bumbung rumah dalam pembinaan terbabit.
“Pihak bomba berjaya membawa turun mangsa dengan menggunakan tali menyelamat manakala keadaan mangsa ketika itu lemah dan mengalami kekejangan otot,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929