fbpx

4,000 remaja di Kelantan sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (tiga dari kiri) ketika meninjau projek naik taraf kemudahan awam di Pantai Irama, dekat sini hari ini.

BACHOK – Hampir 4,000 remaja berusia 16 dan 17 tahun di negeri sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan itu dilaksanakan bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, setakat ini, program yang dijalankan untuk remaja di setiap pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh daerah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Senarai nama remaja dikumpul melalui Pejabat Pendidikan Daerah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

“Golongan remaja yang disenaraikan itu kemudian akan menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing di PPV yang disediakan di setiap daerah,” katanya selepas meninjau projek menaik taraf kemudahan awam di Pantai Irama di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Kelantan akan bermula pada minggu ini.

JKNK memperoleh data pelajar daripada JPN termasuk sekolah swasta dan sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sebelum menjalankan program itu.

Mengulas mengenai perkembangan PICK fi Kelantan, Izani berkata, seramai 935,000 orang telah menerima dos pertama sehingga semalam.

Menurutnya, beliau yakin Kelantan mampu mencapai imuniti kelompok dengan 80 peratus daripada rakyat selesai divaksin dalam tempoh dua minggu lagi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI