PUTRAJAYA – Negara mencatatkan sebanyak 376 kes kematian dengan 110 kes daripadanya adalah kematian sebenar akibat Covid-19 bagi purata tujuh hari dilaporkan semalam.
Menurut data dari laman web CovidNow yang dikemas kini pukul 11.59 malam semalam, pertambahan tersebut menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara kini mencecah sebanyak 23,443 kes.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 75 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan kes BID di seluruh negara sebanyak 4,472 kes.
“Ia dilaporkan di Selangor (148), Johor (43), Sabah (35), Kelantan (32), Pulau Pinang (29), Kedah (25), Sarawak (23), Kuala Lumpur (14), Perak (8), Terengganu (7), Pahang (6), Negeri Sembilan (4) dan Melaka (2),” katanya hari ini.
Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya semalam.
Dalam masa sama, kes aktif semakin menurun dengan 210,468 kes melibatkan 174,548 kes dikuarantin di rumah, 23,452 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,277 kes di hospital, 529 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 662 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929