fbpx

200 guru di Johor antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 200 daripada 563 guru di negeri ini yang menolak daripada menerima vaksin Covid-19 kekal dengan pendirian untuk tidak mengambil suntikan tanpa sebarang alasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, daripada jumlah tersebut, sebilangan besar daripada mereka memberi alasan faktor kesihatan.

Beliau berkata, majoriti mereka adalah guru wanita yang ada di antaranya sedang mengandung dan bimbang suntikan akan menjejaskan kandungan.

“Ada guru wanita yang hamil bimbang suntikan itu akan memberi kesan dan kita tidak paksa mereka. Guru wanita berkenaan kata lepas bersalin akan ambil suntikan vaksin dan mereka bukan antivaksin.

“Daripada jumlah 563 ini terdapat kira-kira 200 guru yang enggan divaksin tanpa mempunyai masalah kesihatan,” katanya sempena Program Imunisasi Kebangsaan Bagi Vaksinasi Pelajar Sekolah Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya di sini hari ini.

Pada bulan lalu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mendedahkan seramai 779 guru di negeri ini dilaporkan menolak untuk divaksinasi dan memberikan alasan mereka membuat keputusan itu kerana ragu-ragu dengan vaksin.

Susulan itu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan wakil guru bagi mencari penyelesaian di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini pada 27 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk sebarang tindakan terhadap 200 guru itu yang masih ingkar dan menolak untuk divaksin.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI