fbpx

Wanita pakai kostum beruang, sambut hari jadi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak-anak wanita berkenaan memeluk ibu mereka selepas sekian lama berpisah akibat PKP.

PETALING JAYA – Sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini, ramai individu terjejas dan terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga mereka terutamanya anak-anak.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 22 saat di media sosial, seorang wanita sanggup mengenakan kostum beruang bagi membuat kejutan di majlis hari jadi anaknya yang ke-10.

Di awal video berkenaan, wanita itu sedang memakai kostum sebelum berjalan dan membawa hadiah untuk diserahkan kepada anaknya yang bernama Putry.

Sebaik wanita berkenaan meminta anaknya membuka kostum berkenaan, tangisan kegembiraan diraut wajah anaknya jelas terpancar selepas sekian lama berpisah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video yang tidak dapat dipastikan lokasi itu telah mendapat lebih 5,000 reaksi dan dihujani lebih 200 komen.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa gembira dan sedih selepas melihat reaksi anak-anak wanita berkenaan.

Salah seorang pengguna media sosial, @Roslina Ena berkata, kaum hawa yang melihat menonton video ini pasti akan mengalir air mata.

“Ibu-ibu yang tengok video ini pasti akan mengalirkan air mata. Air mata secara sendiri keluar,” jelasnya.

Sementara itu, @Kat Rose berkata, dia tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Bergenang air mata, hanya individu yang melalui sahaja tahu perasaan rindu terhadap keluarga. Saya sejak Hari Raya Aidilfitri sehingga sekarang tidak berjumpa dengan keluarga,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI