fbpx

Uqasha bimbang gemuk kuat makan jajan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uqasha

PETALING JAYA – Menghitung hari untuk naik pelamin bergelar raja sehari, pelakon cantik, Uqasha Senrose kini dihimpit rasa gusar gara-gara kebimbangan mengenai berat badannya yang naik mendadak ekoran tabiatnya yang suka menikmati makanan ringan ketika ini.

Uqasha bagaimanapun memberitahu, dia sudah lama teringin untuk menikmati manisan yang dijual oleh peniaga-peniaga dalam talian, namun niat tersebut sedikit terganggu memandangkan pada masa sama risau memikirkan kondisinya berat badan yang sukar untuk diturunkan.

“Sebenarnya dah lama dah craving (mengidam) nak makan benda ni, tapi duk fikir-fikir takut naik badan.

“Sudahlah tak berapa lama dah kan (tarikh nikah), nak turunkan berat badan susah pula kan. Tapi tak mengapalah, tak boleh tahan kena juga cuba.

“Saya tak akan makan banyak-banyak, cuma untuk lepas gian sahaja orang cakap,” katanya dalam beberapa untaian video InstaStory yang memaparkan dirinya sedang menikmati makanan ringan dengan wajah penuh gembira.

Menerusi hantaran sama, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berjanji untuk tidak makan lebih daripada dua sudu dan hanya ingin melepaskan keinginan yang tertahan selama ini sahaja.

Difahamkan, produk manisan coklat yang menggunakan jenama Sweet & Coco tersebut merupakan produk yang diusahakan Uqasha bersama tunangnya, pelakon, Kamal Adli.

Pasangan yang bertunang pada pada 4 April lalu itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi Jun lalu, namun terpaksa menunda hasrat tersebut gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik yang meruncing.

Sehingga kini, baik Uqasha mahupun Kamal, masing-masing belum mengumumkan sebarang tarikh untuk melangsungkan pernikahan mereka.

Terdahulu, nama pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu dikecam hebat susulan melakukan sun­tingan sekeping gambar untuk kelihatan lebih ideal, montok dan berlekuk yang dimuat naik dalam Instagramnya sekitar Julai lalu.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI