fbpx

Sung-kyung lalui zaman muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNG-KYUNG

RATA-rata peminat menyangka aktres Lee Sung-kyung hidup dalam kemewahan kerana memiliki keluarga yang kaya-raya, hakikat dia sebenarnya pernah berdepan kesempitan hidup selepas bapanya jatuh muflis.

“Semasa saya berusia empat tahun, ayah saya memiliki sebuah kilang tetapi terjadi kebakaran sehingga menyebabkan perniagaan bankrap.

“Kami terpaksa berpindah ke apartmen seluas 249 kaki persegi hingga saya masuk sekolah menengah.

“Rumah saya itu terlalu kecil sampai kawan-kawan bertanya macam mana saya boleh tinggal di rumah itu,” luahnya.

Meskipun berdepan kesempitan hidup, selebriti itu berkata dia dibesarkan dengan baik oleh ibu bapanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI