fbpx

Songket klasik hitam Zizi Kirana curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUSANA songket klasik berwarna hitam yang digayakan Zizi pada hari pernikahannya hari ini mencuri perhatian ramai.

PETALING JAYA – Jarang benar pasangan pengantin memilih rona hitam sebagai busana pernikahan, namun lain pula cita rasa pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin yang bernikah hari ini.

Tidak hanya mengejutkan ramai dengan pernikahan yang dirahsiakan, Zizi dipuji berani apabila muncul dengan busana songket klasik berwarna hitam.

Busana baju kurung songket berwarna hitam bersulam emas itu direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.

Menurut Shanell, busana tersebut merupakan impian Zizi untuk memakai rekaan klasik pada hari bahagianya.

“Pengantin (Zizi) meminta ingin memakai baju paling klasik untuk majlis bersejarahnya.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya. Puas!” kata Shanell dalam Instagramnya.

Meninjau dalam media sosial, rata-rata netizen memuji baju pasangan pengantin tersebut.

Malah, ada juga yang mengatakan pelantun lagu Eh! itu berani memakai busana berwarna hitam pda majlis pernikahannya.

TANGKAP layar ciapan netizen yang memuji busana nikah Zizi.

“Saya suka baju Zizi. Saya rasa ini pertama kali memakai baju berwarna hitam pada hari pernikahan,” komen seorang netizen.

“Cantiknya baju kahwin Zizi. Sangat klasik!” puji seorang lagi pengguna Twitter.

Dalam pada itu, mereka juga mengucapkan tahniah kepada Zizi dan Yusuf yang selamat bernikah pagi tadi.

Menurut netizen, pasangan tersebut bijak menyembunyikan hubungan cinta mereka selama ini.

Untuk rekod, dengan hanya sekali lafaz, penyanyi rap terkenal Zizi Kirana sah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Hal tersebut sekali gus meleraikan spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang dalam laman sosial mengenai perkahwinan mereka sejak semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd. Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI