fbpx

Solskjaer akui masih mampu kawal tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solskjaer (kiri) berdepan tekanan yang lebih tinggi musim ini dengan kembalinya Ronaldo yang dianggap mampu mengubah nasib United. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui beliau tidak akan membenarkan tekanan menguasai dirinya ketika jangkaan tinggi oleh semua pihak terhadap skuad kendaliannya musim ini.

Ia ekoran kembalinya legenda United, Cristiano Ronaldo yang menyarung jersi pasukan itu selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford.

Solskjaer menerima kritikan hebat apabila United tewas 1-2 kepada Young Boys pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Kehadiran Ronaldo dianggap mampu mengubah nasib United dan menjadikan pasukan itu sebagai pencabar kejuaraan musim sekali gus menyebabkan Solskjaer tidak mampu untuk memberikan alasan sekiranya gagal berbuat demikian.

Malam ini, Solskjaer berpeluang untuk menutup mulut para pengkritiknya, namum United tidak mempunyai pilihan ke­cuali meraih kemenangan ke atas West Ham United kendalian David Moyes di Stadium London.

“Saya ada tugas saya dan kami akan melakukan tugas kami. Pasukan ini akan turun dengan semangat yang tinggi dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi perlawanan ini.

“Kami sedar bahawa jangkaan daripada semua pihak adalah tinggi dan kami juga meletakkan harapan itu kepada diri kami sendiri kerana aksi yang dipamerkan setakat ini belum mencapai tahap yang dimahukan.

“Kami sentiasa fokus dalam menghadapi perlawanan dan sudah tentu ada sedikit kekecewaan selepas kami tewas tempoh hari, namun ia tidak membuatkan semangat kami hancur.

“Saya fikir mendapatkan pemain yang baik adalah perkaara normal cuma apabila kami mendapatkan Ronaldo, tumpuan diberikan itu lebih hebat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI