fbpx

Semua anggota, pegawai bomba sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan (kiri) memakaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai bomba semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM di Tunjong, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara sudah menerima suntikan vaksin dalam usaha untuk mencegah jangkitan Covid-19 di jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, setakat ini, hampir 90 peratus daripada 14,500 warga JBPM seluruh negara telah menerima suntikan penuh vaksin Covid-19.

Menurutnya, baki 10 peratus lagi melibatkan individu yang masih belum lengkap dua dos dan ia akan diselesaikan dengan segera tidak lama lagi.

“Tiada seorang pun warga JBPM yang terkecuali daripada menerima vaksin Covid-19 kerana suntikan itu adalah mandatori. Melalui ketetapan itu, tiada anggota atau pegawai bomba yang menolak daripada menerima vaksin Covid-19.

“Pasukan penyelamat adalah pihak yang amat memerlukan suntikan lengkap dua dos vaksin kerana mereka melakukan pelbagai tugasan mencari dan menyelamat selain perlu mematuhi prosedur operasi standard semasa bertugas,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM di Tunjong di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin.

Dalam perkembangan lain, menurut Mohammad Hamdan, setakat ini, seramai 125 pegawai dan anggota JBPM disahkan positif Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Menurutnya, warga JBPM itu dijangkiti melalui komuniti atau ahli keluarga di rumah dan bukan ketika menjalankan tugasan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI