fbpx

RTK antigen secara kendiri dijamin mencukupi – KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN (dua dari kanan) bersama Abdul Razak Yahaya (kanan) melakukan pemantauan dan pemeriksaan penjualan RTK antigen kendiri dan oximeter di sebuah farmasi di Temerloh semalam. GAMBAR HIASAN

TEMERLOH – Bekalan kit ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri yang dijual difarmasi dijamin mencukupi bagi menampung permintaan pasaran susulan pembukaan banyak sektor ekonomi dan gelembung pelancongan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan kit berkenaan yang merekodkan stok sebanyak 5.3 juta unit pada minggu lalu.

“Jadi orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan tersebut semakin hari semakin bertambah dan kami dapati senarai pembekal yang mendapat kelulusan membawa masuk kit berkenaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga bertambah.

“Sekarang ini kita sudah ada 18 syarikat yang diluluskan untuk membawa masuk dan mengilang RTK antigen secara kendiri ini,”katanya selepas melakukan pemantauan di sebuah farmasi di sini hari ini bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Temerloh, Abdul Razak Yahaya.

Menurut Azman, sehingga kini sebanyak 1,999 buah farmasi telah dilakukan pemeriksaan di seluruh negara bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

“Daripada pemeriksaan kira-kira 199 farmasi didapati menjual dengan lebih murah di bawah harga ditetapkan dan sehingga kini kita tidak menerima laporan mengenai penjualan kit tiruan,”katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI