fbpx

Peperiksaan SPMU bermula Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2021 akan dilaksanakan pada 21, 22 dan 23 September ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, seramai 8,077 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2021, seramai 1,568 petugas peperiksaan telah dilantik.

“Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi garis panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah yang terkini dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ia bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19. Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI