fbpx

Pemuda UMNO jumpa KWSP runding skim i-Citra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk berbincang mengenai skim i-Citra.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perundingan itu dijangka berlangsung pada minggu depan.

“(Pemuda UMNO) tidak putus-putus menerima mesej minta saya dan Pemuda UMNO terus perjuangkan isu KWSP i-Citra.

“Minggu depan pun sudah terima slot bertemu CEO KWSP untuk berunding mengenainya.

“Doakan natijah terbaik kerana ramai yang hakikatnya terdesak dan tertekan untuk kelangsungan hidup,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pemuda UMNO sebelum ini menuntut pengeluaran minimum i-Citra sebanyak RM10,000 secara ‘one off’. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI