fbpx

Pembinaan haram antara faktor kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (tengah) bersama Ketua Pengarah (JMG), Hisamuddin Termidi (kiri sekali) semasa meninjau lokasi kejadian tanah runtuh.

AMPANG – Pembinaan haram atau melanggar peraturan undang-undang dipercayai antara faktor berlakunya punca kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini kelmarin.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, segala pembinaan yang berlaku di kawasan cerun berisiko tinggi seharusnya mematuhi garis panduan khusus di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya melihat, ada pembinaan, pada pemerhatian saya mungkin melanggar peraturan ditetapkan dan disebabkan itu berlakunya kejadian tanah runtuh itu, namun jika pembinaan itu mengikut kriteria serta peraturan yang ditetapkan kejadian sebegini boleh dielakkan.

“Kita faham, pembinaan yang berlaku itu atas sebab keperluan sebagai contoh ada lima keluarga yang tinggal di sebuah rumah, namun kita perlu ikut peraturan dan undang-undang,” katanya selepas meninjau kawasan kejadian tanah runtuh, di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi setiap garis panduan yang telah dikeluarkan ketika menjalankan sebarang pembinaan bangunan terutamanya di kawasan yang mempunyai cerun berisiko tinggi.

Dalam pada itu, katanya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) melakukan pemeriksaan dan kajian lebih teliti membabitkan pemetaan geologi dan siasatan tapak bagi tahap penilaian keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

“Tanggungjawab awal JMG adalah menjalankan kajian tiga hari, bermula semalam (Jumaat). Hasil kajian ini juga akan dijadikan panduan dan rujukan untuk jabatan lain terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Saya juga turut memberi jaminan bahawa langkah pencegahan yang dilakukan bukan sahaja dibuat di lokasi (Jalan 7) iaitu kediaman banglo, malah di kawasan rumah bandar (town house) Jalan Kemensah, ini,” ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seramai 103 penduduk di Jalan Kemensah Heights telah dipindahkan dari kediaman mereka untuk sementara waktu susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kemensah Height – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI