fbpx

Pemandu lolos dipercayai edar dadah sejak 6 bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pasukan peronda polis mengejar kenderaan suspek yang melawan arus di sekitar Sekinchan, kelmarin.

SABAK BERNAM – Pemandu Toyota Avanza yang meloloskan diri ketika dikejar polis dan melawan arus di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, kelmarin yang disyaki pengedar dadah mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 26 tahun dan seorang suspek yang berjaya ditahan dipercayai mengedar dadah sejak enam bulan lalu.

“Bekalan dadah itu disyaki diperoleh dari kawasan Sekinchan untuk diedarkan di sekitar Sungai Leman dan semakan turut mendapati pemandu Avanza berkenan memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pihaknya masih giat mengesan suspek yang bebas bagi membantu siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menyalurkannnya di mana-mana balai polis berdekatan.

Kosmo! semalam melaporkan dua pengedar dadah bertindak agresif melarikan diri dari sekatan jalan raya dan melawan arus sejauh dua kilometer (KM) sebelum ditahan di Jalan Haji Miskan, Sekinchan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berjaya menahan salah seorang suspek berusia 27 tahun bersama 19 peket dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM450. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI