fbpx

Mayat lelaki dijumpai terapung dalam Sungai Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui terapung di dalam Sungai Pandan, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Pandan, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan di sini semalam tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warganegara tempatan berusia 38 tahun kira-kira pukul 4.32 petang.

“Lokasi mangsa ditemui adalah di kawasan projek pembinaan tembok tapisan sampah dan telah ditemui oleh seorang pekerja sub kontraktor di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru.

“Ketika mayat itu ditemui, pekerja tersebut sedang menjalankan projek pembinaan perangkap sampah di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya mendapati mangsa lengkap berpakaian dengan memakai baju dan seluar pendek berwarna hitam. Turut ditemui dompet yang mengandungi dokumen kad pengenalan dan lesen memandu.

“Polis turut tidak mengesan sebarang kecederaan fizikal luaran pada tubuh mangsa,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk proses bedah siasat.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI