fbpx

Lima warga China antara 15 PATI dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
15 PATI yang ditahan di pantai sekitar kawasan Bio-Desaru, Kota Tinggi, Johor semalam selepas disyaki cuba memasuki negara ini melalui jalan tidah sah.

KOTA TINGGI – Lima warganegara China antara 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya dicekup disyaki cuba memasuki negara ini melalui jalan yang tidak sah semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, semua PATI termasuk 10 rakyat Indonesia ditangkap di pantai sekitar kawasan Bio-Desaru dan mereka terdiri daripada lima wanita dan 10 lelaki berusia 21 hingga 42 tahun.

“Anggota petugas pos pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan sedang merapati pantai sekitar kawasan Bio-Desaru di sini dan hasil serbuan pukul 11.30 malam berjaya menangkap 15 individu dipercayai PATI sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau, Sedili Kecil (Bio-Desaru).

“Kesemua 15 individu tersebut yang terdiri daripada lima lelaki warganegara China bersama lima lelaki dan lima wanita warganegara Indonesia dipercayai baharu saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut turut mendapati lima lelaki warganegara China tersebut yang tinggal di Indonesia berhasrat untuk pulang ke negara asal iaitu China menggunakan laluan masuk menerusi Malaysia.

Jelasnya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM7,582.74 melibatkan matawang Indonesia IDR 7,477,000.00 (RM 2,186.74) bersama 10 buah telefon bimbit dan kesemua PATI terbabit dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI