fbpx

Kit ujian Covid-19, pulse oximeter, termometer untuk setiap keluarga B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengagihkan sebanyak empat keping pelitup muka guna semula, empat kit ujian kendiri Covid-19, satu unit pulse oximeter, satu unit termometer serta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan kepada setiap keluarga B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif dibawah Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) itu dalam persediaan negara ke arah era endemik Covid-19 melibatkan peruntukkan lebih RM471.6 juta.

Menurut beliau, usaha itu antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga daripada jangkitan virus Covid-19.

“PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

“Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI