fbpx

Johor jadi mangsa jika MM2H dikenakan syarat ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni menyerahkan replika kunci kepada seorang penduduk Mahmud Ahmad sempena Sesi Penyerahan Kunci Projek Perumahan Kampung Pendas Baru Fasa 2 di Pendas Laut, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor akan menjadi ‘mangsa keadaan’ sekiranya Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) masih mengenakan syarat yang ketat terhadap para pesertanya.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri menyambut baik program tersebut namun berharap ia dapat dikaji semula sebelum dilaksanakan memandangkan program MM2H dapat memberi faedah serta manfaat kepada negeri Johor.

“Kerajaan Negeri berharap agar MM2H ini bukan hanya dikaji semula tetapi segera dilaksanakan. Dengan apa yang diumumkan, Johor amat terkesan dengan sekiranya pihak Kementerian Dalan Negeri (KDN) enggan menyemak semula syarat ketat MM2H.

“Kita melihat perlunya syarat-syarat peserta MM2H ini dilonggarkan mengikut syarat-syarat lama program itu dan bukannya mengikut peraturan baharu yang ditetapkan,” katanya selepas majlis penyerahan 46 unit rumah untuk projek penempatan semula perumahan Kampung Pendas Baru Fasa 2, di sini hari ini.

Kelmarin, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap KDN kerana enggan menyemak semula syarat ketat MM2H yang ditetapkan baru-baru ini.

Baginda turut bertitah akan membangkitkan perkara ini secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat, memandangkan Johor merupakan antara destinasi popular MM2H selain sumbangan program berkenaan kepada pendapatan negeri. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI