fbpx

Guan Eng minta lebih banyak hospital medan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah hospital medan yang sedang dibina di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan (KKM) disarankan membuka lebih banyak hospital medan dengan kelengkapan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang memandangkan penggunaan katil ICU mencecah 96.6 peratus pada masa ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hospital medan itu perlu dipertimbangkan di kawasan seperti Seberang Jaya, Nibong Tebal dan Balik Pulau kerana negeri ini masih merupakan kawasan panas Covid-19 dengan jumlah kematian tertinggi dan jumlah kes per kapita kedua tertinggi di negara ini.

Katanya, selain itu, Pulau Pinang juga mencatatkan penggunaan ventilator dan katil ICU kedua tertinggi masing-masing pada 73.3 peratus dan 96.6 peratus dan menyumbang kepada angka kematian yang tinggi.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perlu mempertimbangkan untuk mendirikan lebih banyak Hospital Medan dengan lebih banyak katil ICU di Seberang Jaya, Nibong Tebal dan Balik Pulau.

“Khairy boleh menggunakan dana tambahan RM5 bilion yang diperuntukkan kepada kementeriannya sebagai sebahagian daripada suntikan dana RM45 bilion untuk memerangi Covid-19 dan kemelesetan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI