fbpx

Fyqa impi jadi wartawan penyiasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FYQA mengakui pandemik Covid-19 banyak mengajarnya menjadi insan yang lebih bersabar dan berhati-hati.

Gadis manja berusia 26 tahun dikenali sebagai Nurul Afiqah Abdul Talib ini memang suka menari dan akan menghabiskan masa satu jam setiap hari untuk menari tarian yang sedang trending di platform TikTok.

Lebih mesra disapa Fyqa, wanita ini mengakui, menari mampu membuatkan diri­nya lebih tenang selain dapat menjaga stamina dan bentuk badan.

Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu juga sangat me­minati bidang nya­nyian dan genre muzik pilihannya adalah R&B, blues, rock dan ballada.

Dua perkara ini merupakan terapi kebosanan bagi Fyqa susulan penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu yang membataskan pergerakannya.

Ketika ditemu bual Kosmo! Ahad, penuntut jurusan Komunikasi (Kewartawanan) dari Universiti Selangor ini banyak berkongsi perihal kehidupan dan masa depannya.

Fyqa

KOSMO! Ahad: Perkenalan tentang diri anda?
Afiqah: Saya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Komunikasi di Universiti Selangor. Bercita-cita menjadi pembaca be­rita, wartawan penyiasatan atau pengacara televisyen. Azawate Zenol Abidin dan Hazlin Hussain adalah idola saya.

Apakah yang dilakukan pada waktu lapang?
Saya suka aktiviti yang berkaitan dengan alam semulajadi seperti hiking dan camping. Namun, ketika PKP, saya banyak habiskan masa dengan melukis dan mencuba pelbagai resipi masakan.

Keistimewaan diri anda?
Seorang yang pandai dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, tetapi tidak mudah diperkotak-katikkan sebab saya tahu harga diri saya.

Rahsia kecantikan anda?
Elak tekanan selain amal jamu dan minum air rebusan sirih.

Ciri lelaki dambaan hati?
Seorang yang setia, tidak hipokrit dan jauh sekali panas baran. Sebagai manusia kita tidak sempurna, tetapi saya percaya ada lelaki baik yang pandai menghargai wanita.

Satu tahun PKP, bagaimana diri anda?
Kehidupan berubah 360 darjah, saya seorang yang suka bersosial, tetapi sepanjang PKP, saya hanya terperap di rumah sehingga menyebabkan saya murung dan bosan. Tidak lagi dapat bercuti bersama keluarga dan kawan kawan dan tidak bebas melakukan aktiviti outdoor di luar.

Ceritakan tentang kemurungan anda?
Setiap malam saya akan facetime bersama rakan-rakan dan keluarga yang menetap di Singapura untuk bercerita tentang kehidupan seharian.

Pandemik mengajar anda tentang apa?
Lebih menghargai diri, ber­syukur kerana saya dapat meluangkan masa dan lebih rapat dengan ibu ayah dan dua adik saya.

Nasihat apabila banyak kelonggaran diberi kerajaan?
Sentiasa mematuhi SOP, perlu ada rasa tanggungjawab terhadap diri dan orang lain. Kelonggaran yang diberikan bukan untuk disalahgunakan dan jangan sampai kita kembali ‘berkurung’.

Lebih terbuka di media sosial, pernah diganggu?
Ya, saya pernah diganggu tetapi saya pilih untuk tidak menghiraukannya. Saya akan terus menyekat dan ‘report’ demi ke­selamatan saya.

Belajar online, mudah atau sebaliknya?
Agak susah kerana kadangkala akan ada gangguan internet dan membuatkan saya tidak fokus. Belajar online sebenarnya tak semudah yang disangkakan kerana tiada latihan praktikal, hanya belajar teo­ri sahaja.

Kenapa pilih kewartawanan?
Kerjaya sebagai wartawan memberi saya kesempatan dan membolehkan saya bertemu sendiri dengan tokoh tokoh kenamaan, personaliti, artis dan setiap lapisan golongan masyarakat. Saya juga dapat mengunjungi banyak tempat. Saya berminat untuk expose the dark side or corruption untuk menyuarakan kebenaran.

Lebih 200,000 penuntut IPT belum vaksin, teguran anda?
Kini Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPKK) memohon semua mahasiswa yang masih belum mendapat janji temu vaksin agar terus ke PPV untuk terima vaksin secara walk-in.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI