fbpx

Enam beradik yatim piatu dapat perhatian ZPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khairi (kanan) mewakili ZPP menyerahkan sumbangan kepada keluarga enam beradik di Pangsapuri Ampang Jajar di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Kisah enam beradik yatim piatu yang tular di media sosial kerana terpaksa tinggal bersendirian di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Permatang Pauh di sini mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli berkata, pihaknya terpanggil untuk turun padang bagi melihat sendiri nasib enam beradik itu ketika ini.

“Mengikut semakan kita, keluarga ini ada menerima bantuan bulanan sebanyak RM450 sebelum ini.

“Pihak ZPP bagaimanapun akan meneliti semula keperluan sama ada bantuan kewangan itu akan terus disambung atau menyalurkan bantuan lain pula selepas ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, bapa kepada enam beradik yang berusia antara empat hingga 18 tahun itu meninggal dunia akibat strok pada bulan lalu, manakala ibu mereka meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lepas.

Buat masa ini juga, kesemua mereka juga sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah tersebut yang dijangka sehingga minggu depan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI