fbpx

Depresi ke? Ini pesanan Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN TROYE

MENJADI selebriti pasti tidak terlepas daripada menerima kecaman dan kritikan negatif daripada orang ramai.

Sama juga dengan penyanyi comel Iman Troye. Baru-baru ini Diva ada terbaca dia membalas komen seorang netizen mengenai cara menangani stres dan depresi.

“Iman pernah alami depresi? Bagaimana cara tangani depresi dengan emosi?” soal seorang netizen.

Jawab Iman: “Bagi Iman, depresi bukan satu perkara yang boleh dijadikan gurauan sebab ramai di luar sana yang berjuang untuk teruskan kehidupan dan gembira.

“Apa yang saya boleh katakan ialah berseronok sahaja dengan kehidupan, jangan bersendirian dan yang paling penting ialah tidak mengapa untuk dahulukan diri sendiri.

“Biarlah ramai cakap kita pentingkan diri, asalkan bahagia dan tidak ganggu hidup orang lain,” kongsi Iman.

Bagus juga apa yang Iman kongsikan ini. Mungkin ini antara yang dipraktikkannya ketika dia pernah menerima jutaan kecaman daripada netizen suatu ketika dulu.

DIVA: Sedang merancang hendak bercuti ke sebuah lokasi terpencil yang tak ada orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI