fbpx

Bukit Malawati kembali meriah dengan pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Segelintir pengunjung Bukit Malawati, Kuala Selangor, tidak melepaskan peluang memberi makanan kepada sekumpulan kera dan lotong.

KUALA SELANGOR – Bukit Malawati yang sebelum ini sunyi tanpa pengunjung kembali meriah susulan pembukaannya minggu lalu selaras peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan mendapati lebih 100 orang pengunjung mengambil kesempatan cuti hujung minggu bagi melawat lokaliti itu yang menempatkan beberapa meriam lama, makan sultan dan kerabat diraja selain menara tinjau.

Seorang petugas yang mahu dikenali Amri Yunus berkata, tempat pelancongan itu dibuka kepada orang awam sejak Sabtu lalu namun perkhidmatan keretapi mini yang disediakan bagi mengeliling bukit tersebut belum beroperasi.

“Kita menerima jumlah pengunjung memberangsangkan dan hanya yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan melawat Bukit Malawati. Kami berharap pengunjung sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Berdasarkan hasil tinjauan juga mendapati kehadiran semula kera dan lotong dalam mendapatkan makanan daripada orang ramai.

Sementara itu, seorang pengunjung, Jurina Ismail, 35, berkata, amat teruja kerana merupakan kali pertama dia dan ahli keluarganya datang ke Bukit Malawati dan telah lama menunda lawatan ke lokasi tersebut kerana penularan Covid-19 sejak tahun lalu.

“Anak-anak sangat seronok dapat memberikan makanan kepada kera dan lotong yang ada di sini berikutan tidak pernah melihatnya dari dekat,” katanya yang tinggal di Petaling Jaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI