fbpx

Antivaksin sanggup bayar RM1,500 demi sijil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai harga sijil digital vaksinasi yang dikatakan berharga RM300 dan boleh mencecah sehingga RM1,500 seorang.

PETALING JAYA – Satu tangkap layar tentang sindiket penjualan sijil digital vaksinasi yang tular di laman sosial telah mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi perkongsian gambar oleh Fitri Yusof di akaun Facebook miliknya, dia telah menunjukkan senarai harga sijil digital vaksinasi yang berharga RM 300 dan boleh mencecah sehingga RM 1,500 seorang.

Berdasarkan perkongsian seorang pemilik akaun Facebook bernama Fitri Yusof di Facebook, satu tangkap layar memaparkan jenis-jenis sijil digital yang dijual dengan harga RM1,500 menyerupai sijil digital vaksinasi sebenar yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.

Rata-rata pengguna media sosial telah mengecam tindakan individu-individu yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit sedangkan vaksin boleh didapati secara percuma.

Salah seorang pengguna, Muhd. Zhafri berkata, tindakan golongan ‘antivaksin’ ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah boleh melibatkan individu lain apabila sanggup menipu tentang vaksin.

“Golongan-golongan antivaksin ini memang suka bahayakan nyawa orang lain, kalau tak nak ambil vaksin duduk sahaja diam-diam dekat rumah. Ini tengok orang lain sudah boleh dine-in, sibuk nak ikut sama,” jelasnya.

Sementara itu, Fadhlin Zolkifli berkata, manusia antivaksin ini sanggup mengeluarkan duit sehingga beribu-ribu ringgit sedangkan kerajaan dah beri vaksin dan sijil itu secara percuma. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI