PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sembilan buah negeri berdepan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 4 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
“Sementara itu di negeri Kedah, ia melibatkan kawasan Kota Setar dan Yan, manakala di Perak kawasan yang terjejas ialah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.
“Di Terengganu pula kawasan yang terkesan di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu. Bagi negeri Johor pula di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru,” katanya hari ini.
Tambahnya, untuk negeri Sarawak pula di Mukah (Dalat dan Mukah serta Bintulu (Bintulu dan Sebauh). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929