fbpx

Amaran cuaca waspada di Sabah dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada tahap kuning di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, bagi amaran cuaca tahap kuning ini dijangka hujan lebat akan berlaku di kawasan yang terlibat bagi tempoh esok hingga lusa.

“Bagi negeri Sabah ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beufort), Pantai Barat serta Kudat.

“Dalam pada itu, seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan turut terkesan dengan hujan lebat tersebut,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI