fbpx

Aksi penunggang basikal seperti ‘menempah maut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang penunggang basikal mengekori dengan rapat di belakang sebuah lori mengundang kemarahan orang ramai.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penunggang basikal mengekori dengan rapat di belakang sebuah lori bagaikan menempah maut.

Tindakan penunggang basikal tersebut mengundang kemarahan orang ramai kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa malah menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi sebuah video berdurasi dua minit 34 saat, penunggang basikal berkenaan dengan jelas mengekori dengan rapat sebuah lori tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Video berkenaan mendapat lebih 5,000 reaksi dan dihujani lebih 2,000 komen di media sosial Facebook.

Salah seorang pengguna @Watie Saran berkata, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah boleh melibatkan individu lain.

“Nak membahayakan diri tapi pada masa sama cuba nak membahayakan nyawa orang lain. Nak berbasikal tu boleh bang, tapi cari la tempat yang sesuai untuk berbasikal.

“Bukannya tunjuk taiko atas jalan raya. Follow bukan main rapat. Sekali kena sodok bawa lori, otak berkeliaran dah satu kerja nak kena kutip pulak,” jelasnya.

Sementara itu, @Adib Zakaria berkata, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan pemandu lori sebaliknya salahkan diri sendiri.

“Selamba je penunggang basikal. Kalau ada kemalangan lori terbrek secara mengejut, jangan salahkan pemandu lori. Salahkan diri sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI