PETALING JAYA – Sebanyak 78.2 peratus atau 18,295,014 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 93.1 peratus atau lebih 21,938,426 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 232,559 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Johor telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 35,327, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (18,641), Sabah (17,359), Kedah (16,243), Perak (14,583) dan Selangor (11,483).
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin seluruh negara adalah lebih 40,233,440 juta. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929