fbpx

71 peratus kakitangan Taska seluruh negara lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina menerima cenderhati daripada pengusaha Taska, Sabariah Abu selepas mengadakan lawatan di Taska Nur Hidayu, Bandar Baru Salak Tinggi.

SEPANG – Sebanyak 71 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,545 kakitangan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) seluruh negara boleh memulakan tugas mereka selepas lengkap dua dos vaksin Covid-19, apabila Taska dibenarkan beroperasi esok.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, ada lagi 1,745 kakitangan taska yang belum lengkap divaksin manakala, seramai 1,853 kakitangan lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

“Bagaimanapun usaha akan terus dijalankan agar mereka mendapatkan vaksin bagi memastikan anak- anak dalam jagaan mereka terpelihara , “katanya selepas mengadakan lawatan dan pemantauan taska yang akan beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan (PPN) di Taska Nur Hidayu, Bandar Baru Salak Tinggi, hari ini.

Berkenaan dengan pelaksnaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu mengenai pembukaan taska, Rina berkata, ibu bapa juga diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan apabila menghantar anak mereka di Taska.

“Jika dulu, semakan suhu badan terhadap anak-anak sahaja, tapi sekarang ibu bapa juga kita akan semak dan pastikan ibu bapa sudah di vaksin atau tidak.

“Semua kita rekodkan, ini cabaran kepada pendidik dan pengusaha taska dalam pastikan SOP baharu ini terus dipatuhi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan sentiasa memantau dari masa ke semasa,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI